Saturday, 21 September 2019

Penulisan Refleksi GKK1043 : Kesan Senaman Terhadap Fisiologi Badan Manusia

Hi everyone! Jadi, pada kali ini saya nak ceritakan tentang perlaksanaan ujian SEGAK dan Bleep yang saya dan rakan-rakan lakukan untuk tugasan GKK1043 iaitu Kesihtan Diri dan Kecergasan.

  Semua ujian yang dilaksanakan dapat saya lakukan dengan baik. Uijan ini telah membuktikan bahawa kecergasan amat penting untuk kita melakukan kerja-kerja seharian dengan lebih efisien. Selain itu juga, saya dapat memahami cara mengendalikan sesuatu aktiviti dan kemahiran ini akan diterapkan ketika sesi pengajaran kelak.


            Oleh kerana ingin memastikan ujian SEGAK dan Bleep tersebut berjalan dengan lancar, saya dan rakan-rakan telah mengadakan mesyuarat bagi menentukan ahli jawatankuasa mengikut carta organisasi yang sepatutnya. Kami juga membincangkan tentang pelan tempat dan peralatan yang akan digunakan ketika ujian berlangsung. Turut diselitkan perbincangan tentang prosedur ujian tersebut. Semua ahli unit Tesl 1 telah bersetuju dengan segala isi perbincangan dan mula melakukan carian dan persediaan mengikut tugas masing-masing.



            Ujian SEGAK dilaksanakan untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid melalui 5 ujian yang dijalankan. Ujian-ujian ini merangkumi 5 komponen kecergasan iaitu komposisi badan, daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan kelenturan. 5 komponen ini terdapat dalam ujian yang dilakukan seperti, body mass index (BMI), naik turun bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur.



            Seterusnya, ujian SEGAK dab Bleep dimulakan dengan senamrobik yang meliputi 26 pergerakan seperti aerobik impak rendah dan aerobik impak tinggi. Tujuan senamrobik adalah untuk memanaskan badan bagi melindungi otot-otot dan sendi-sendi daripada sebarang kecederaan. Memanaskan badan dapat menambah perjalanan darah yang lebih ke otot-otot- dan meningkatkan suhu badan. Setelah itu, ujian SEGAK dimulakan. Terdapat 5 ujian dalam SEGAK iaitu komposisi badan atau body mass index (BMI) untuk mengukur tinggi dan berat badan, naik turun bangku, tekan tubi , ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur.



       BMI diambil untuk menilai komposisi badan kita. Seperti dalam ujian pre-post, komposisi badan saya ialah 16.2 iaitu kurang berat badan manakala ketika ujian post, komposisi badan saya ialah 16. Hal ini kerana berat badan saya semakin berkurang daripada 36.6 kg kepada 36.1 kg. berat badan saya berkurang kerana saya kurang selera makan. Naik turun bangku pula dilakukan untuk menguji daya tahan kardiovaskular kita. Keputusan menunjukkan bilangan denyutan nadi saya berkurang daripada 132 kepada 130. Perbezaan yang sedikit adalah kerana saya tidak sering melakukan aktiviti riadah pada waktu lapang.


Seterusnya tekan tubi untuk menguji daya tahan otot tangan dan bahu. Keputusan tekan tubi saya menunjukkan sedikit peningkatan iaitu daripada 30 kepada 32. Ujian ringkuk tubi separa juga menunjukkan sedikit peningkatan iaitu daripada 16 kepada 17. Ringkuk tubi separa dilakukan untuk menguji kekuatan otot abdomen kita. Semakin meningkat bilangan, semakin meningkat daya tahan dan kekuatan otot kita. Akhir sekali ialah jangkauan melunjur yang dilakukan untuk menguji kelenturan badan. Keputusan saya menunjukkan penurunan daripada 38 kepada 36. Hal ini kerana saya sudah tidak lagi membuat aktiviti kelenturan.



 Ujian Bleep pula dilaksanakan bagi menguji daya tahan kardiovaskular yang juga berkait dengan kecergasan respiratori dan kecergasasn aerobik. Ujian ini mengkehendaki kita berlari sejauh 20m mengikut beep yang dipasang melalui komputer. Keputusan ujian Bleep saya menunjukkan peningkatan daripada tahap 4 kepada tahap 4 – 4. Keputusan ini amat memberangsangkan memandangkan saya tidak terlalu aktif bersukan di IPG.



           Selaku setiausaha unit Tesl 1, saya bersyukur kerana unit saya dapat mengendalikan ujian amali SEGAK dan Bleep walaupun terdapat beberapa kesilapan ketika menguruskan ujian tersebut. Namun begitu, dengan kesilapan itu saya dapat berfikir dengan lebih gigih unuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Saya juga lebih memahami konsep dan objektif tugasan ini. Tugasan ini dapat membantu saya dan rakan-rakan menimba ilmu dengan lebih mendalam dari segi pengurusan dan pengisian ujian tersebut. Terima kasih kepada ahli kelas Tesl 1 atas segala kerjasama yang diberikan.




          Berikut merupakan gambar-gambar ketika ujian dilaksanakan :

 

 



 
    



No comments:

Post a Comment

Penulisan Refleksi GKK1043 : Kesan Senaman Terhadap Fisiologi Badan Manusia

Hi everyone! Jadi, pada kali ini saya nak ceritakan tentang perlaksanaan ujian SEGAK dan Bleep yang saya dan rakan-rakan lakukan untuk tu...