Hi everyone! Jadi, pada kali ini saya nak ceritakan tentang perlaksanaan ujian SEGAK dan Bleep yang saya dan rakan-rakan lakukan untuk tugasan GKK1043 iaitu Kesihtan Diri dan Kecergasan.
Semua ujian yang
dilaksanakan dapat saya lakukan dengan baik. Uijan ini telah membuktikan bahawa
kecergasan amat penting untuk kita melakukan kerja-kerja seharian dengan lebih
efisien. Selain itu juga, saya dapat memahami cara mengendalikan sesuatu
aktiviti dan kemahiran ini akan diterapkan ketika sesi pengajaran kelak.
Oleh
kerana ingin memastikan ujian SEGAK dan Bleep tersebut berjalan dengan lancar,
saya dan rakan-rakan telah mengadakan mesyuarat bagi menentukan ahli
jawatankuasa mengikut carta organisasi yang sepatutnya. Kami juga membincangkan
tentang pelan tempat dan peralatan yang akan digunakan ketika ujian
berlangsung. Turut diselitkan perbincangan tentang prosedur ujian tersebut.
Semua ahli unit Tesl 1 telah bersetuju dengan segala isi perbincangan dan mula
melakukan carian dan persediaan mengikut tugas masing-masing.
Ujian
SEGAK dilaksanakan untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid melalui 5
ujian yang dijalankan. Ujian-ujian ini merangkumi 5 komponen kecergasan iaitu
komposisi badan, daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan
kelenturan. 5 komponen ini terdapat dalam ujian yang dilakukan seperti, body
mass index (BMI), naik turun bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa dan
jangkauan melunjur.
Seterusnya,
ujian SEGAK dab Bleep dimulakan dengan senamrobik yang meliputi 26 pergerakan
seperti aerobik impak rendah dan aerobik impak tinggi. Tujuan senamrobik adalah
untuk memanaskan badan bagi melindungi otot-otot dan sendi-sendi daripada
sebarang kecederaan. Memanaskan badan dapat menambah perjalanan darah yang
lebih ke otot-otot- dan meningkatkan suhu badan. Setelah itu, ujian SEGAK
dimulakan. Terdapat 5 ujian dalam SEGAK iaitu komposisi badan atau body mass
index (BMI) untuk mengukur tinggi dan berat badan, naik turun bangku, tekan
tubi , ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur.
BMI
diambil untuk menilai komposisi badan kita. Seperti dalam ujian pre-post,
komposisi badan saya ialah 16.2 iaitu kurang berat badan manakala ketika ujian
post, komposisi badan saya ialah 16. Hal ini kerana berat badan saya semakin
berkurang daripada 36.6 kg kepada 36.1 kg. berat badan saya berkurang kerana
saya kurang selera makan. Naik turun bangku pula dilakukan untuk menguji daya
tahan kardiovaskular kita. Keputusan menunjukkan bilangan denyutan nadi saya
berkurang daripada 132 kepada 130. Perbezaan yang sedikit adalah kerana saya
tidak sering melakukan aktiviti riadah pada waktu lapang.
Seterusnya tekan tubi untuk
menguji daya tahan otot tangan dan bahu. Keputusan tekan tubi saya menunjukkan
sedikit peningkatan iaitu daripada 30 kepada 32. Ujian ringkuk tubi separa juga
menunjukkan sedikit peningkatan iaitu daripada 16 kepada 17. Ringkuk tubi
separa dilakukan untuk menguji kekuatan otot abdomen kita. Semakin meningkat
bilangan, semakin meningkat daya tahan dan kekuatan otot kita. Akhir sekali
ialah jangkauan melunjur yang dilakukan untuk menguji kelenturan badan.
Keputusan saya menunjukkan penurunan daripada 38 kepada 36. Hal ini kerana saya
sudah tidak lagi membuat aktiviti kelenturan.
Ujian Bleep pula
dilaksanakan bagi menguji daya tahan kardiovaskular yang juga berkait dengan
kecergasan respiratori dan kecergasasn aerobik. Ujian ini mengkehendaki kita
berlari sejauh 20m mengikut beep yang dipasang melalui komputer. Keputusan
ujian Bleep saya menunjukkan peningkatan daripada tahap 4 kepada tahap 4 – 4.
Keputusan ini amat memberangsangkan memandangkan saya tidak terlalu aktif
bersukan di IPG.
Selaku
setiausaha unit Tesl 1, saya bersyukur kerana unit saya dapat mengendalikan
ujian amali SEGAK dan Bleep walaupun terdapat beberapa kesilapan ketika
menguruskan ujian tersebut. Namun begitu, dengan kesilapan itu saya dapat
berfikir dengan lebih gigih unuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Saya juga
lebih memahami konsep dan objektif tugasan ini. Tugasan ini dapat membantu saya
dan rakan-rakan menimba ilmu dengan lebih mendalam dari segi pengurusan dan
pengisian ujian tersebut. Terima kasih kepada ahli kelas Tesl 1 atas segala
kerjasama yang diberikan.
Berikut merupakan gambar-gambar ketika ujian dilaksanakan :




